PPTI Online

Persatuan Penduduk Taman Ixora (PPTI) menyediakan maklumat keahlian dan kemudahan pengemaskinian maklumat ahli secara dalam talian.

Pengenalan


Persatuan Penduduk Taman Ixora Bandar Baru Salak Tinggi 2008 (No. Pendaftaran 0935-08-SEL) telah didaftarkan sebagai suatu pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 pada 26 Mei 2008.

Tujuan dan Objektif


1. Menyatukan penduduk yang tinggal di Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor
2. Menjalankan aktiviti-aktiviti sukan, rekreasi, kebajikan dan lain-lain aktiviti yang dapat memberi kebaikan kepada ahli-ahli persatuan
3. Menjadi penghubung antara penduduk dengan pihak kerajaan, swasta dan pemaju perumahan dalam menyelesaikan masalah berbangkit

Keahlian


1. Keahlian terbuka kepada semua Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas yang tinggal di Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor
2. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar yuran bayaran masuk dan yuran tahun pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli persatuan dan berhaklah ia sebagai ahli.

Bayaran Masuk, Yuran dan Bayaran Lain


Bayaran masuk : RM 10 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja)
Yuran tahunan : RM 30 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sahaja)

Sistem Maklumat PPTI Online

ID Pengguna :
Kata Laluan :
   
Lupa Kata Laluan
Daftar


Semak Nombor Ahli PPTI

Manual Pengguna PPTI Online